Kesempurnaan Ibadah Haji Dan Umrah Adalah Keutamaan Kami

PENUBUHAN DARUSSALAM HOLDINGS SENDIRIAN BERHAD

Penubuhan DHSB adalah pada merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda  pada 8 Julai 1993 iaitu Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) ditubuhkan sebagai anak syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) adalah bagi memudahkan dan menyenangkan rakyat Baginda untuk mengerjakan ibadah Haji di Arab Saudi, sekaligus meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Hari ini setelah 30 tahun ditubuhkan, DHSB telah berkembang maju dengan menubuhkan anak syarikatnya iaitu Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) yang menyediakan berbagai perkhidmatan, selain daripada perkhidmatan pakej Haji & Umrah, DSSB juga telah mengembangluaskan lagi produk dan perkhidmatannya, antaranya perkhidmatan Umrah Persendirian,  Badal Haji, Aqiqah dan Qurban.

Perkhidmatan Haji & Umrah

Perkhidmatan Cemerlang

Dengan pengalaman 30 tahun mengendalian perkhidmatan pakej Haji dan Umrah, DSSB mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Pengurusan Visa

Selain daripada Visa Umrah, DSSB juga boleh menguruskan ‘Tourist Visa’ untuk jemaah.

Pakej Umrah

DSSB menyediakan pakej Umrah secara berkumpulan, Umrah Plus (Umrah dan ke negara-negara lain seperti; Turkiye, Jordan, Mesir dan lain-lain) dan Pakej Umrah secara Persendirian dan lain-lain.

Jadual Umrah tahun 2024

No Match Result Found!
Showing 9 of 0

Testimoni Pelanggan

“Apa pandangan biskita tentang perkhidmatan kami?”

Mengerjakan Ibadah Umrah Bersama Darussalam Services


Sebarang Persoalan?

Hubungi pegawai kami melalui Whatsapp di +673 898 8509

  • Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Darussalam Services Sdn Bhd?

    Diantara perkhidmatan yang di tawarkan oleh DSSB adalah:

    • Proses pengeluaran Visa
    • Pengangkutan
    • Penginapan
    • Tawaf, Saie dan ziarah bersama Mutawwif dan Mutawwifah
    • Dan perkhidmatan lain yang diperlukan untuk memastikan pengalaman ibadah Haji & Umrah lancar dan memuaskan.
  • Apakah perbezaan antara pakej Hajj dan Umrah?

    Perbezaan utama antara haji dan umrah ialah haji merupakan ibadah haji yang diwajibkan bagi setiap muslim yang mampu, umrah adalah ibadah sunnah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

  • Apa dokumen yang diperlukan untuk Hajj atau Umrah dengan Darussalam Services Sdn Bhd?

    Dokumen yang diperlukan termasuk:

    • Pasport yang Sah.
    • Visa.
    • Bukti pemberian vaksin.
    • Pengenalan lain yang berkaitan.
    • DSSB akan memberikan panduan mengenai dokumen yang diperlukan semasa proses tempahan.
  • Dimanakah pejabat Darussalam Services Sdn Bhd?

    The Airport Mall, Simpang 13 – 25, Unit 10 – 12, Aras Bawah dan Tingkat 1,

    Jalan Komersial Jaya Setia, Mukim Berakas A,

    Bandar Seri Begawan BB2713