Perkhidmatan Qurban di Kota Suci Makkah

Pengertian & Waktu Ibadah Qurban:

Qurban dalam bahasa Arab disebut Al-Udhhiyyah iaitu binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Dari segi hukum Syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah Qurban disyariatkan pada tahun kedua Hijriah.

Waktu penyembelihan Qurban ialah selepas naik matahari pada Hari Raya Aidil Adha selesai solat sunat Aidil Adha dua rakaat dan khutbah sehingga terbenam matahari pada akhir hari tasyrik (13 Zulhijjah) sepertimana sabda Rasulullah:

“Seluruh Tanah Arafah itu adalah tempat wuquf dan hari-hari Tasyrik itu semuanya adalah waktu penyembelihan.”

Hadis riwayat Al-Baihaqi

Fadhilat Berqurban:

Rasulullah bersabda:

“Tiada ada amalan yang dilakukan manusia pada hari Raya Qurban yang disukai Allah SWT melainkan menumpahkan darah (menyembelih) binatang Qurban dan sesungguhnya binatang Qurban itu datang pada hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya. Allah SWT memberi pahala ibadah Qurban itu sebelum darah binatang Qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu ikhlaskanlah Qurbanmu.”

Hadis riwayat At-Tarmidzi dan Ibnu Majah

Pengurusan & Penyembelihan Ibadah Qurban:

Ibadah Qurban akan dilaksanakan di Tanah Suci Makkah semasa musim Haji. Semua daging Qurban itu akan diagih-agihkan kepada fakir miskin di Tanah Suci. Sebahagian nya akan diagihkan kepada negara-negara Islam yang miskin dan yang memerlukan.

Perkhidmatan Qurban:

Perkhidmatan penmgurusan dan penyembelihan ibadah Qurban biasanya diadakan oleh pihak DSSB setiap tahun pada musim haji di kota suci Makkah Al-Muksrramah.

Seekor Kambing $175

Jumlah

Pakej adalah tertakluk kepada sebarang perubahan terma dan syarat.

Jika berlaku sebarang kesulitan semasa membuat tempahan, sila hubungi kami di talian 2231964/5 atau melalui WhatsApp 8988509.

Darussalam Services Sendirian Berhad

The Airport Mall, Unit 10, Tingkat G & 1,
Simpang 13-25, Jalan Komersial Jaya Setia, Mukim Berakas ‘A’, Bandar Seri Begawan BB2713 Brunei Darussalam

Ikut Kami

Hak Cipta © 2023 Darussalam Services Sendirian Berhad. Semua Hak Cipta Terpelihara.

Perkhidmatan Qurban di Kota Suci Makkah – Haji & Umrah