Perkhidmatan Aqiqah di Negara Brunei Darussalam

Pengertian & Waktu Penyembelihan Ibadah Aqiqah:

Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan sebagai ungkapan rasa syukur atas kelahiran seorang bayi. Jumhur Ulama menyatakan bahawa hukum aqiqah dalam Islam adalah sunat muakkad, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Perlaksanaannya dilakukan pada hari ke tujuh (ini yang lebih utama menurut para ulama), keempat belas, dua puluh satu atau pada hari-hari yang lainnya yang memungkinkan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya dan dicukur rambutnya serta diberi nama.”

Hadis riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan

Berapa ekor Kambing untuk Diaqiqahkan?

Yang lebih utama adalah menyembelih dua ekor kambing yang berdekatan umurnya bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan.

Dari Ummi Kurz Al-Ka’biyyah, ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang berdekatan umurnya dan untuk anak perempuan satu ekor kambing.”

Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi

Hikmah Penyembelihan Ibadah Aqiqah:
  • Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak.
  • Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum berita gembira kerana telah dikurniakan anak.
  • Memulakan kehidupan anak dengan perkara mulia dan berkebajikan.
  • Merupakan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana yang telah dilakukan oleh Baginda untuk Hassan dan Hussin.
Perkhidmatan Aqiqah

Perkhidmatan ini memberi peluang dan pilihan kepada orang ramai yang berhasrat mengikuti ibadah Qurban dan Aqiqah pada setiap bulan Zulhijjah di Negara Brunei Darussalam, disamping untuk sama-sama mewujudkan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat tempatan.

31kg - 35kg $570

Perkhidmatan Pilihan

Name Harga Qty
Memotong dan memisahkan isi dari tulang, tulang rusuk dan tulang kaki dipotong kecil, memasukkan ke dalam plastik $50

Jumlah

Pakej adalah tertakluk kepada sebarang perubahan terma dan syarat.

Jika berlaku sebarang kesulitan semasa membuat tempahan, sila hubungi kami di talian 2231964/5 atau melalui WhatsApp 8988509.

Darussalam Services Sendirian Berhad

The Airport Mall, Unit 10, Tingkat G & 1,
Simpang 13-25, Jalan Komersial Jaya Setia, Mukim Berakas ‘A’, Bandar Seri Begawan BB2713 Brunei Darussalam

Ikut Kami

Hak Cipta © 2023 Darussalam Services Sendirian Berhad. Semua Hak Cipta Terpelihara.

Perkhidmatan Aqiqah di Negara Brunei Darussalam – Haji & Umrah