UMRAH PERSENDIRIAN

Pakej Umrah Persendirian DSSB merupakan pakej umrah yang tidak terikat dengan pakej umrah yang disediakan secara rombongan. Jemaah bebas menikmati fleksibiliti berstruktur jadual perjalanan umrah mengikut bilangan Jemaah dengan kos berbeza tergantung permintaan dan kehendak Jemaah.

Pakej Umrah Persendirian ini dibukakan kepada orang ramai yang berhasrat mengerjakan umrah secara persendirian, keutamaan kepada Jemaah yang sudah pernah mengerjakan ibadah Umrah.


PILIHAN PAKEJ

  • PENERBANGAN & PEGAWAI PENGIRING

    Jemaah bebas untuk memilih apa jua penerbangan, samada penerbangan terus atau ada persinggahan (transit).

    Jemaah juga boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan Pegawai Pengiring serta Mutawwif/Mutawiffah.

  • ATURCARA DAN ZIARAH

    Tertakluk kepada permintaan dan cadangan jemaah. Jemaah bebas untuk membuat program sendiri tertakluk kepada keadaan semasa.

  • HOTEL PENGINAPAN

    Jemaah diberi pilihan beberapa hotel penginapan (taraf bintang dan jarak jauh) atau pilihan sendiri berserta pilihan pelan jamuan;

    Breakfast Only Sarapan Pagi Sahaja
    Half board (2 Kali Sehari) Sarapan Pagi, Makan Tengahari atau Makan Malam.
    Full board (3 Kali sehari) Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam.
  • PENGANGKUTAN

    Pilihan tertakluk kepada jumlah jemaah.

    1. SUV (GMC). Max 5 orang
    2. VAN (Mercedes Sprinter). Max 9 orang
    3. VAN (Hyundai H1). Max 7 orang
    4. BAS (Asia Star). Max 45 orang
    5. HARAMAIN HIGH-SPEED RAILWAY

  • SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

    • Warganegara Brunei Darussalam dan Penduduk Tetap serta Warga Asing dengan terma dan syarat
    • Minimal seorang (1) jemaah

  • TATACARA TEMPAHAN

    • Tempahan hendaklah dibuat 60 hari sebelum cadangan tarikh berangkat.
    • Sebut harga (Quotation) akan dikeluarkan 7 hingga 10 hari waktu kerja (untuk tempahan hotel penginapaan dan tiket penerbangan).
    • Setiap permohonan dikehendaki membayar wang pendahuluan (Deposit) serendah dua ratus ringgit Brunei (BND200) setiap seorang.

  • SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL KEMALANGAN DIRI

    • Setiap jemaah akan dilindungi dengan Skim Perlindungan Takaful Kemalangan Diri

  • DOKUMEN YANG DI PERLUKAN

    1. Pasport Antarabangsa Biometrik
      – Tempoh sah laku tidak kurang 18 bulan atau satu (1) tahun dari Tarikh keberangkatan (Tertakluk jenis visa)
      – Mukasurat didalam passport tidaka kurang dari 6 keping (3 keping depan belakang)
      – Pas kerja / jaminan / re-entry permit yang sah tidak kurang dari satu (1) tahun dari tarikkh ketibaan (bagi warga asing sahaja)
      – Penyerahan passport 45 sebelum Tarikh keberangkatan (Untuk proses pengeluaran visa)
    2. Borang visa
    3. Salinan Sijil Nikah
    4. Salinan surat beranak
      – Anak lelaki dan perempuan berumur dibawah 18 tahun
    5. Gambar berwarna latar belakang hitam putih berukuran 4x6cm sebanyak 2 keping
    6. Buku Suntik (Meningococcal Meningitis & Covid-19);
      – Anak damit berusia dibawah 2 tahun adalah dikecualikan
      – Surat kebenaran dari Doktor (Bagi Perempuan Mengandung)
      – Kad kesihatan (Kuning) bagi Tourist Visa anak damit dibawah 2 tahun
      – Suntiukan Covid-19 (Tertakluk keadaan semasa)

    Sertai Pakej Umrah Persendirian Kami