Pakej Umrah DELIMA (5 Oktober – 16 Oktober)

  12 Hari
  Lokasi Mula:   Madinah
8

Pakej Umrah DELIMA (5 Oktober – 16 Oktober)

Date Expired !

Pakej Termasuk

Penerbangan Terus

(BWN – JED – BWN)

Kelas Ekonomi

Pengurusan
Visa Umrah

Perkhidmatan Umrah 2 Kali

Lawatan Ke Tempat Bersejarah Di Madinah & Makkah

Perlindungan Takaful Umrah

Pengangkutan Bas

Jamuan (Fullboard)

Taklimat Keberangkatan
& Manasik Umrah

Pegawai Pengiring,
Pembimbing Mutawwif
& Mutawwifah

5 Litre Air Zamzam

Cenderahati

  • Bolehkah biskita terangkan jenis-jenis pakej umrah yang ditawarkan oleh Darussalam Services Sdn Bhd?

    DSSB menawarkan 3 jenis pakej; Pakej Zamrud, Pakej Safira dan juga Pakej Delima.

    Ketiga-tiga pakej ini sama dari segi perkhidmatan cuma perbezaannya dari segi hotel. Diantara tiga ini contohnya Pakej Delima kedudukan hotelnya lebih hampir manakala Pakej Safira pertengahan dan Pakej Zamrud lebih jauh dengan Masjidil Haram di samping taraf hotel hotel masing-masing.

    A. Pakej Delima 

    Makkah: Hotel bertaraf 5 bintang. Manakala jarak dari hotel ke perkarangan Masjidil Haram sekitar 50 -100 meter.

    Madinah: Hotel bertaraf 5 bintang. Manakala jarak dari hotel ke perkarangan Masjid Nabawi ialah 50 – 75 meter.

    Jeddah: Hotel bertaraf 5 bintang.

    B. Pakej Safira

    Makkah: Hotel bertaraf 4 bintang dan jarak dari hotel ke perkarangan Masjidil Haram ialah 150 – 250 meter.

    Madinah: Hotel bertaraf 5 bintang. Manakala jarak dari hotel ke perkarangan Masjid Nabawi ialah 50 – 75 meter.

    Jeddah: Hotel bertaraf 5 bintang.

    C. Pakej Zamrud

    Makkah: Hotel bertaraf 3 bintang. Manakala jarak dari hotel ke perkarangan Masjidil Haram sekitar 400 -700 meter.

    Madinah: Hotel bertaraf 5 bintang. Manakala jarak dari hotel ke perkarangan Masjid Nabawi ialah 50 – 75 meter.

    Jeddah: Hotel bertaraf 5 bintang.

  • Pada lazimnya, berapakah jumlah hari bagi pakej umrah tersebut?

    A. 13 Hari: Aturcara umrah akan memasuki Makkah dahulu dan akan bermiqat di Qarn Al Manazil (semasa di dalam pesawat).

    B. 12 Hari: Aturcara umrah akan memasuki Madinah dahulu dan akan bermiqat di Bi’r ‘Ali (Masjid Dzul Hulaifah).

  • Apakah jenis visa yang digunakan oleh Darussalam Services Sdn Bhd?

    DSSB menggunakan 2 jenis visa iaitu visa umrah dan visa pelancong. Ianya tertakluk kepada keadaan semasa dan kebenaran daripada Kerajaan Arab Saudi.

  • Bagaimana kedudukan mahram bagi perempuan, kanak-kanak lelaki dan perempuan?

    Bagi perempuan yang berumur 18 tahun keatas, tiada isu mengenai mahram jika menggunakan visa umrah atau pelancong. Manakala bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun kebawah mesti memerlukan mahram atau sekurang-kurangnya penjaga (yang ada pertalian keluarga) jika menggunakan visa umrah atau pelancong.

  • Apakah kos yang termasuk dalam pakej umrah ini?
    • Hotel penginapan mengikut pakej yang dipilih seperti yang tersebut di atas.
    • Hidangan makanan 3 kali sehari secara bufet. (Tertakluk kepada pakej yang di pilih)
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
    • Pengurusan visa.
    • Perlindungan takaful umrah.
    • Pengangkutan bas berhawa dingin.
    • Pegawai pengiring serta pembimbing mutawwif dan mutawwifah.
    • Taklimat keberangkatan dan Manasik Umrah.
    • Air zam-zam (5 liter seorang).
    • Cenderahati berupa bagasi kargo, bagasi bimbit, beg sandang, beg kasut, beg kemudahan serta buku amalan dan panduan umrah.
  • Jika saya ingin membuat pendaftaran, apakah dokumen yang diperlukan?

    Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pendaftaran:

    • Salinan pasport terkini (mansuh sekurang-kurangnya 1 tahun dari tarikh berangkat).
    • Salinan kad pintar.

    Manakala dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan visa:

    • 2 keping gambar berwarna berlatar belakang putih.
    • Salinan sijil nikah bagi suami isteri.
    • Salinan surat beranak bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun kebawah.
    • Salinan sijil anak angkat (bagi yang berumur 18 tahun kebawah).
    • Buku suntik Covid-19 bagi suntikan influenza dan selaput otak (Meninggococcal Meningitis).
  • Adakah perlu vaksin Covid-19 untuk menunaikan umrah?

    Tidak perlu kerana Kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin Covid-19 untuk umrah.

  • Berapakah had umur yang boleh pergi menunaikan umrah?

    Pada ketika ini tiada had umur untuk menunaikan umrah.

  • Perlukah saya membuat bayaran pendahuluan (deposit) jika ingin menempah?

    Bayaran deposit sebanyak $200.00 seorang diperlukan untuk membuat tempahan.

  • Bilakah tarikh akhir bagi pembayaran pakej?

    Pembayaran penuh pakej boleh dibuat dua bulan sebelum tarikh keberangkatan.

  • Bagaimana jika saya membatalkan tempahan saya?

    Biskita akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak $25.00 seorang (tertakluk kepada sebab pembatalan). Pembatalan sebelum pembayaran penuh atau selepasnya yang melibatkan masalah kesihatan, pulangan wang akan diberikan sepenuhnya (bagi pesakit sahaja), namun jika tiket penerbangan sudah dikeluarkan, maka tertakluk kepada penalti yang akan dikenakan oleh pihak penerbangan.

  • Adakah aplikasi Nusuk masih lagi diperlukan untuk memasuki Raudhah?

    Aplikasi Nusuk masih lagi diperlukan setakat ini. (Tertakluk kepada keadaan semasa)

  • Bilakah tarikh taklimat keberangkatan dan Manasik Umrah?

    Pada lazimnya taklimat akan diadakan sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sebelum tarikh berangkat.

  • Adakah Darussalam Services Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan selain dari yang dinyatakan di dalam pakej?

    DSSB juga ada menawarkan perkhidmatan kerusi roda bagi yang berkeinginan menggunakannya ketika tawaf dan saie. Pendorong adalah ahli keluarga sendiri atau pendorong upahan. Harga bagi perkhidmatan tersebut ialah 350 riyal (tertakluk kepada musim umrah). Selain itu, jemaah yang berhasrat untuk menaiki kereta api berkelajuan laju (Haramain High Speed Railway) juga boleh diuruskan dari segi tiket dan pengangkutan sama ada dari hotel ke stesen atau dari stesen ke hotel.

  • Selain itu, adakah Darussalam Services Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kargo? Berapakah kadar kos bagi penghantaran tersebut?

    DSSB selaku wakil bagi pihak kargo EFS LOGISTICS juga menyediakan perkhidmatan kargo yang mana penghantaran dibuat terus ke rumah (Door to Door). Kadar kos penghantaran ialah 22 Riyal sekilo dan 20 Riyal bil saluran udara (Airway Bill) bagi setiap penghantaran. Manakala kotak juga boleh didapati dengan harga 18 Riyal sekotak.

  • Bagaimanakah cara membuat tempahan bagi perkhidmatan skuter untuk tawaf dan saie?

    Biskita bolehlah memuat turun aplikasi Tanaqol dari Playstore untuk pengguna android dan Appstore untuk pengguna ios atau bolehlah menempah terus ke kaunter perkhidmatan skuter di tingkat dua Masjidil Haram. Harga bagi perkhidmatan tersebut ialah 57.50 Riyal untuk tawaf dan 57.50 Riyal untuk saie bagi satu tempat duduk. Manakala bagi dua tempat duduk ialah 115 Riyal untuk tawaf dan 115 Riyal untuk saie.

  • Bagaimana cara untuk membeli simkad?

    Simkad boleh didapati di pondok berhampiran hotel penginapan, sama ada di Makkah ataupun Madinah. Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ialah pasport dan visa.

    Jika biskita mempunyai simkad DST, bolehlah mengaktifkan mod perayauan (roaming) melalui aplikasi MyDST atau dail *110# untuk Easi dan *410# untuk Mobi. Untuk maklumat lanjut mengenai roaming bolehlah melayari laman sesawang dst.com.bn

  • Di manakah saya boleh mendapatkan kain ihram?

    Jika program umrah memasuki Madinah dahulu, biskita bolehlah membeli di mana-mana tempat membeli belah di Madinah. Kain ihram juga boleh didapati di kedai Halimah Habib Collection bertempat di lantai bawah dan tingkat satu bangunan The Airport Mall, Berakas. Kedai ini menyediakan pelbagai kelengkapan khusus bagi haji dan umrah

  • Saya menjalani rawatan dialisis, bolehkah saya menunaikan ibadah umrah? Apakah dokumen yang diperlukan?

    Boleh, jika ada pengesahan daripada doktor. Biskita dimestikan membawa pembantu untuk memudahkan urusan ke pusat dialisis yang disyorkan oleh ejen insurans ST&T International. DSSB juga boleh memberikan sebut harga bagi mendapatkan perkhidmatan mutawwif dan kenderaan bagi urusan tersebut.

    Dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh jemaah bagi urusan dialisis ialah seperti berikut:

    • Salinan pasport dan visa
    • Preskripsi dialisis
    • Ujian darah termasuk HIV, Hep B, HCV dan HBSAg dalam masa 2 bulan
    • Senarai ubat terkini
    • Memo daripada doktor untuk dialisis di luar negara
    • Jadual perjalanan
  • Bolehkah saya membuat pakej umrah dengan aturcara sendiri?

    DSSB juga ada menawarkan Pakej Umrah Persendirian mengikut kesesuaian, keselesaan dan pilihan jemaah sendiri dari segi aturcara, hotel penginapan, penerbangan, pengangkutan dan sebagainya.

  • Sertai Pakej Umrah Persendirian Kami

    Darussalam Services Sendirian Berhad

    The Airport Mall, Unit 10, Tingkat G & 1,
    Simpang 13-25, Jalan Komersial Jaya Setia, Mukim Berakas ‘A’, Bandar Seri Begawan BB2713 Brunei Darussalam

    Ikut Kami

    Hak Cipta © 2023 Darussalam Services Sendirian Berhad. Semua Hak Cipta Terpelihara.

    Pakej Umrah DELIMA (5 Oktober – 16 Oktober) – Haji & Umrah