Darussalam Holdings Sendirian Berhad ditubuhkan untuk memastikan ibadat Haji ditunaikan dengan mudah dan selesa. Syarikat kami juga komited menyediakan perkhidmatan cemerlang dan komprehensif kepada jemaah haji Negara Brunei Darussalam seperti mengadakan Taklimat Perdana. Taklimat Perdana dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Manasik Haji dan Taklimat Pengurusan Haji. Semasa berada di Tanah Suci, pihak kami dari masa ke semasa mengadakan Taklimat Penghayatan dan Pengurusan sama ada sebelum bertolak dari Madinah ke Makkah dan sebelum menuju ke Arafah dan Mina.
TIGA JENIS PAKEJ HAJI
Pakej Zamrud
Penginapan hotel 3 bintang di Makkah.
Pakej Safira
Penginapan hotel 4 bintang di Makkah.
Pakej Delima
Penginapan hotel 5 bintang di Makkah.
Pakej-pakej ini memiliki ciri-ciri dan keistimewaannya seperti cenderahati dan perkhidmatan tambahan.
Harga pakej merangkumi: tiket penerbangan kelas ekonomi – cukai kepala – surcaj minyak – insurans penerbangan – kos penginapan Madinah, Makkah, Jeddah (bagi pakej yang berkenaan sahaja), Arafah dan Mina,
makan dan minum secara bufet serta bas berhawa dingin.
PENDAFTARAN HAJI
Tempahan dan pendaftaran haji
Tempahan untuk mengikuti Pakej Haji DSSB dibukakan kepada jemaah haji yang tercalon untuk menunaikan fardhu pada tahun yang tertentu mengikut senarai nama yang dikeluarkan oleh Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.
Pihak Jabatan Urusan Haji akan menyerahkan senarai nama jemaah yang tercalon kepada syarikat yang mengendalikan pakej haji. Bagi yang TIDAK tercalon, jemaah akan diletakkan dalam senarai menunggu “waiting list”. Sekiranya ada jemaah yang menarik diri, maka Jabatan Urusan Haji akan menghubungi jemaah yang ada di dalam senarai tersebut.
1. Setiap bakal jemaah haji adalah dimestikan mendaftar ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama apabila Pendaftaran Haji dibuka.
2. Gelang Haji – hendaklah ditempah sendiri di syarikat yang dilantik oleh Jabatan Urusan Haji
Bagi mendapatkan maklumat mengenai dengan pendaftaran haji, sila hubungi atau datang ke Jabatan Urusan Haji seperti alamat berikut:
No – 01
Jabatan Urusan Haji
Kementerian Hai Ehwal Ugama
Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru,
Jalan Menteri Besar
Negara Brunei Darussalam
Tel: 2382525 / 2382300 / 2382302
SETELAH MENDAFTAR DI JABATAN URUSAN HAJI PASTIKAN:
1. Borang permohonan visa haji;
2. Lengkapkan dan tampal dua (2) keping gambar berwarna dibahagian atas borang tersebut;
-
- 1 keping di sudut kanan dan
- 1 keping di sudut kiri
3. Buku suntik boleh didapati;
Pusat Pemeriksaan Berakas
1. Setiap bakal jemaah haji adalah dimestikan mendaftar ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama apabila Pendaftaran Haji dibuka.
2. Gelang Haji – hendaklah ditempah sendiri di syarikat yang dilantik oleh Jabatan Urusan Haji
Bagi mendapatkan maklumat mengenai dengan pendaftaran haji, sila hubungi atau datang ke Jabatan Urusan Haji seperti alamat berikut:
No – 01
Jabatan Urusan Haji
Kementerian Hai Ehwal Ugama
Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru,
Jalan Menteri Besar
Negara Brunei Darussalam
Tel: 2382525 / 2382300 / 2382302
SETELAH MENDAFTAR DI JABATAN URUSAN HAJI PASTIKAN:
1. Borang permohonan visa haji;
2. Lengkapkan dan tampal dua (2) keping gambar berwarna dibahagian atas borang tersebut;
-
- 1 keping di sudut kanan dan
- 1 keping di sudut kiri
3. Buku suntik boleh didapati;
Pusat Kesihatan, Bandar Seri Begawan, Unit Suntikan
Tingkat 4, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan
Brunei Darussalam
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membuat tempahan pakej Haji DSSB.
- Borang tempahan pakej Haji DSSB yang telah diisi lengkap dan ditandatangani.
- Surat pengesahan haji dari Urusan Haji.
- Salinan passport terkini.
- Surat pengesahan pengurniaan tambang kerajaan (Jika ada).
- Salinan buku akaun / kad akaun Tekad Haji TAIB.
- Sais baju T / Kurta – ukuran Asia (bagi jemaah lelaki) | Sais Jubah – Bagai jemaah perempuan.
- Bayaran pendahuluan sebanyak $300.00 seorang.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa Haji.
- Borang visa.
- Salinan sijil nikah.
- Salinan Kad Pintar bagi warganegara Brunei & salinan Kad Pintar BERWARNA bagi penduduk tetap & warga asing.
- Salinan surat beranak. *Lelaki dan perempuan berumur 18 tahun kebawah.
- Salinan sijil anak angkat.
- Salinan sijil kerakyatan (jika berkenaan).
- Dua keping gambar BERWARNA ukuran 4×6 SM (latar belakang putih). Sila tulis nama dibelakang gambar. Elakkan memakai koiah & songkok bagi lelaki.
- Buku suntikan: Vaksin yang diperlukan adalah seperti berikut: 1) Covid-19: Phizer, Moderna, Astrazaneca & Sinopharm (sekurang-kurangnya menerima 3 dos). 2) Influenza. 3) Selaput otak (Meninggococcal Meningitis)
- Pasport biometrik bagi warganegara Brunei Darussalam. Kekosongan mukasurat tidak kurang dari 12 mukasurat (6 keping). Tempoh sahlaku tidak kurang dari 1 tahun.
- Tempoh permit: tidak kurang dari 3 bulan (bagi bukan warganegara Brunei Darussalam)
1. Kembalikan borang tempahan yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
2. Sediakan wang pendahuluan (deposit) $300.00 seorang.
1. Pastikan jumlah wang dalam Akaun Tekad Haji (TAIB) mencukupi untuk pembayaran mengikut harga pakej yang dipilih dengan melebihkan sekurang-kurangnya BND 100.00 setiap akaun.
2. Resit bayaran wang pendahuluan.
3. Sila isi borang tambang dengan lengkap (jika perlu).
1. Pembayaran penuh mengikut bilangan pendaftaran Haji pada tarikh yang ditetapkan.
2. Lengkapkan borang berikut;
-
- Pembayaran pakej Haji jika berkenaan sahaja
- Borang Perbadanan TAIB bagi penerima Tambang sahaja.
- Borang tambang kurnia
3. Resit bayaran wang pendahuluan.
4. Menyerahkan salinan pasport antarabangsa (biometrik).
1. Serahkan Akaun Tekad Haji yang telah dikemaskini.
2. Sila baca semua syarat dan peraturan sebelum menandatangani borang pembayaran pakej Haji.
Perhatian semasa pembayaran penuh:
1. Pemilik Akaun Tekad Haji dan penerima tambang dikehendaki hadir pada hari pembayaran bagi menandatangani dokumen berkaitan.
2. Pastikan pasport atau dokumen perjalanan sebagaimana syarat dikehendaki.
3. Tarikh pembayaran penuh pakej akan dimaklumkan melalui telipon atau mediamasa.
Untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai Takaful Kemalangan Diri, jemaah atau sekurang-kurangnya ketua keluarga bolehlah datang kemana-mana kaunter Insurans Islam TAIB (IITSB).
1. DSSB hanya akan menerima dan memproses tempahan yang lengkap dengan susunan mahram yang dibolehkan sahaja sebagaimana syarat.
2. Tempahan dengan pembayaran deposit sahaja akan diterima, bagi yang belum membayar deposit akan diletak dalam senarai menunggu.
3. Bayaran wang pendahuluan hanya akan diterima jika ada kekosongan pakej yang dipilih.
4. Kanak-kanak berumur 12 tahun pada hari penerbangan adalah dikira sebagai dewasa pada hari pembayaran.
5. DSSB tidak bertanggungjawab jika dokumen atau pembayaran penuh diterima LEWAT dari tempoh yang telah ditetapkan dan jika terdapat kelewatan, pengurusannya adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan pihak-pihak berikut:
-
- Jabatan Urusan Haji
- Bank (bankdraf)
- Syarikat Penerbangan (tiket)
- Kementerian Luar Arab Saudi (kod kebenaran)
- Kedutaan Arab Saudi di Brunei Darussalam (visa)
6. Surat pengesahan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak DSSB setelah menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran pendahuluan.
7. Maklumat mengenai pengurusan Haji akan dimaklumkan dari masa kesemasa oleh DSSB melalui telipon dan mediamasa kepada bakal Jemaah haji.
8. DSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas ganti rugi terhadap apa jua jenis kemalangan yang tidak termasuk dalam Insuran Takaful Kemalangan Diri untuk Haji & Umrah, Insurans Islam TAIB.
9. DSSB berhak memindah, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana syarat dan peraturan dari masa ke semasa jika perlu tanpa sebarang makluman awal mengenainya.