PENUBUHAN DARUSSALAM HOLDINGS SENDIRIAN BERHAD
Penubuhan DHSB adalah untuk merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda pada 8 Julai 1993 iaitu Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) ditubuhkan sebagai anak syarikat Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) adalah bagi memudahkan dan menyenangkan rakyat Baginda untuk mengerjakan ibadah Haji di Arab Saudi, sekaligus meningkatkan syiar Islam di negara ini.
Hari ini setelah 30 tahun ditubuhkan, DHSB telah berkembang maju dengan menubuhkan anak syarikatnya iaitu Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) yang menyediakan berbagai perkhidmatan, selain daripada perkhidmatan pakej Haji & Umrah, DSSB juga telah mengembangluaskan lagi produk dan perkhidmatannya, antaranya perkhidmatan Umrah Persendirian, Badal Haji, Aqiqah dan Qurban.
Perkhidmatan Haji & Umrah
Perkhidmatan Cemerlang
Dengan pengalaman 30 tahun mengendalian perkhidmatan pakej Haji dan Umrah, DSSB mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Pengurusan Visa
Selain daripada Visa Umrah, DSSB juga boleh menguruskan ‘Tourist Visa’ untuk jemaah.
Pakej Umrah
DSSB menyediakan pakej Umrah secara berkumpulan, Umrah Plus (Umrah dan ke negara-negara lain seperti; Turkiye, Jordan, Mesir dan lain-lain) dan Pakej Umrah secara Persendirian dan lain-lain.
Jadual Umrah tahun 2024
Testimoni Pelanggan
“Apa pandangan biskita tentang perkhidmatan kami?”
Mengerjakan Ibadah Umrah Bersama Darussalam Services
Sebarang Persoalan?
Hubungi pegawai kami melalui Whatsapp di +673 898 8509
Diantara perkhidmatan yang di tawarkan oleh Darussalam Haji Umrah adalah:
- Pengangkutan (Bas, GMC dan Haramain Train).
- Penginapan.
- Ziarah Kota Makkah dan Kota Madinah.
- Mutawwif dan Mutawwiffah.
- Perkhidmatan kerusi roda dan pendorong.
- Kargo.
- Qurban dan Aqiqah.
- Badal Haji.
Perbezaan utama antara haji dan umrah ialah haji merupakan ibadah haji yang diwajibkan bagi setiap muslim yang mampu, umrah adalah ibadah sunnah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Boleh, sila kunjungi di kaunter Haji Umrah untuk mendapatkan sebut harga dan keterangan lebih lanjut.