Saya menjalani rawatan dialisis, bolehkah saya menunaikan ibadah umrah? Apakah dokumen yang diperlukan?

Boleh, jika ada pengesahan daripada doktor. Biskita dimestikan membawa pembantu untuk memudahkan urusan ke pusat dialisis yang disyorkan oleh ejen insurans ST&T International. DSSB juga boleh memberikan sebut harga bagi mendapatkan perkhidmatan mutawwif dan kenderaan bagi urusan tersebut.

Dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh jemaah bagi urusan dialisis ialah seperti berikut:

  • Salinan pasport dan visa
  • Preskripsi dialisis
  • Ujian darah termasuk HIV, Hep B, HCV dan HBSAg dalam masa 2 bulan
  • Senarai ubat terkini
  • Memo daripada doktor untuk dialisis di luar negara
  • Jadual perjalanan

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *