1. DSSB hanya akan menerima dan memproses tempahan yang lengkap dengan susunan mahram yang dibolehkan sahaja sebagaimana syarat.
2. Tempahan dengan pembayaran deposit sahaja akan diterima, bagi yang belum membayar deposit akan diletak dalam senarai menunggu.
3. Bayaran wang pendahuluan hanya akan diterima jika ada kekosongan pakej yang dipilih.
4. Kanak-kanak berumur 12 tahun pada hari penerbangan adalah dikira sebagai dewasa pada hari pembayaran.
5. DSSB tidak bertanggungjawab jika dokumen atau pembayaran penuh diterima LEWAT dari tempoh yang telah ditetapkan dan jika terdapat kelewatan, pengurusannya adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan pihak-pihak berikut:
-
- Jabatan Urusan Haji
- Bank (bankdraf)
- Syarikat Penerbangan (tiket)
- Kementerian Luar Arab Saudi (kod kebenaran)
- Kedutaan Arab Saudi di Brunei Darussalam (visa)
6. Surat pengesahan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak DSSB setelah menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran pendahuluan.
7. Maklumat mengenai pengurusan Haji akan dimaklumkan dari masa kesemasa oleh DSSB melalui telipon dan mediamasa kepada bakal Jemaah haji.
8. DSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas ganti rugi terhadap apa jua jenis kemalangan yang tidak termasuk dalam Insuran Takaful Kemalangan Diri untuk Haji & Umrah, Insurans Islam TAIB.
9. DSSB berhak memindah, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana syarat dan peraturan dari masa ke semasa jika perlu tanpa sebarang makluman awal mengenainya.
Leave a Reply