Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membuat tempahan pakej Haji DSSB.
- Borang tempahan pakej Haji DSSB yang telah diisi lengkap dan ditandatangani.
- Surat pengesahan haji dari Urusan Haji.
- Salinan passport terkini.
- Surat pengesahan pengurniaan tambang kerajaan (Jika ada).
- Salinan buku akaun / kad akaun Tekad Haji TAIB.
- Sais baju T / Kurta – ukuran Asia (bagi jemaah lelaki) | Sais Jubah – Bagai jemaah perempuan.
- Bayaran pendahuluan sebanyak $300.00 seorang.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa Haji.
- Borang visa.
- Salinan sijil nikah.
- Salinan Kad Pintar bagi warganegara Brunei & salinan Kad Pintar BERWARNA bagi penduduk tetap & warga asing.
- Salinan surat beranak. *Lelaki dan perempuan berumur 18 tahun kebawah.
- Salinan sijil anak angkat.
- Salinan sijil kerakyatan (jika berkenaan).
- Dua keping gambar BERWARNA ukuran 4×6 SM (latar belakang putih). Sila tulis nama dibelakang gambar. Elakkan memakai koiah & songkok bagi lelaki.
- Buku suntikan: Vaksin yang diperlukan adalah seperti berikut: 1) Covid-19: Phizer, Moderna, Astrazaneca & Sinopharm (sekurang-kurangnya menerima 3 dos). 2) Influenza. 3) Selaput otak (Meninggococcal Meningitis)
- Pasport biometrik bagi warganegara Brunei Darussalam. Kekosongan mukasurat tidak kurang dari 12 mukasurat (6 keping). Tempoh sahlaku tidak kurang dari 1 tahun.
- Tempoh permit: tidak kurang dari 3 bulan (bagi bukan warganegara Brunei Darussalam)
Leave a Reply