Boleh, jika ada pengesahan daripada doktor. Biskita dimestikan membawa pembantu untuk memudahkan urusan ke pusat dialisis yang disyorkan oleh ejen insurans ST&T International. DSSB juga boleh memberikan sebut harga bagi mendapatkan perkhidmatan mutawwif dan kenderaan bagi urusan tersebut.
Dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh jemaah bagi urusan dialisis ialah seperti berikut:
- Salinan pasport dan visa
- Preskripsi dialisis
- Ujian darah termasuk HIV, Hep B, HCV dan HBSAg dalam masa 2 bulan
- Senarai ubat terkini
- Memo daripada doktor untuk dialisis di luar negara
- Jadual perjalanan
Leave a Reply