Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan sebagai ungkapan rasa syukur atas kelahiran seorang bayi. Jumhur Ulama menyatakan bahawa hukum aqiqah dalam Islam adalah sunat muakkad, baik anak lelaki mahupun anak perempuan.
Perlaksanaannya dilakukan pada hari ke tujuh (ini yang lebih utama menurut para ulama), keempat belas, dua puluh satu atau pada hari-hari yang lainnya yang memungkinkan.
Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya dan dicukur rambutnya serta diberi nama.”
Hadis riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan