Perkhidmatan Kargo di Tanah Suci
Perkhidmatan kargo merupakan salah satu perkhidmatan yang dikendalikan oleh Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) pada setiap musim haji dan umrah. Perkhidmatan ini adalah penghantaran bagasi atau barang-barang peribadi daripada Kota Suci Madinah/Makkah dan Jeddah ke Negara Brunei Darussalam dengan penghantaran terus ke rumah para jemaah di Negara Brunei Darussalam (Door to Door delivery).
DSSB membukakan perkhidmatan tersebut kepada semua jemaah haji/umrah Negara Brunei Darussalam termasuklah jemaah yang mengikuti pakej selain pakej DSSB semasa berada di Arab Saudi. Perkhidmatan ini merupakan satu inisiatif berterusan DSSB bagi menyediakan kemudahan ini kepada semua jemaah Negara Brunei Darussalam.
Objektif Perkhidmatan
-
Mengelakkan daripada dikenakan caj timbangan berlebihan semasa check-in sewaktu keberangkatan balik ke Negara Brunei Darussalam.
-
Terbuka kepada semua jemaah haji/umrah Negara Brunei Darussalam.
-
Memberikan kemudahan penghantaran kargo (unaccompanied cargo) ke Negara Brunei Darussalam melalui agen yang dilantik oleh DSSB.
Kos Perkhidmatan Penghantaran Jemaah DSSB
- SAR25 Harga sekilo bagi setiap penghantaran
- SAR20 Bil Penghantaran (Airway bil) bagi setiap satu (1) alamat
- SAR20 Kotak kargo DSSB
Nota: Kadar harga di atas tertakluk kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa.
Tatacara & Peraturan
- Mempastikan barang-barang yang dibenarkan sahaja untuk dikargo.
- Mempastikan tidak ada barang-barang yang ditegah dan dilarang oleh Kastam Arab Saudi (Rujuk senarai barang-barang terlarang).
- Setiap jemaah dikehendaki mengemas rapi barang kargo ke dalam beg atau kotak DSSB untuk mengelakkan kerosakkan dan lain-lain.
- Jika perlu, pastikan untuk menyenaraikan kandungan barang yang disimpan di dalam kargo berkenaan untuk rekod jemaah.
- Sila bawa barangan kargo tersebut ke tempat penimbangan yang akan ditetapkan seterusnya mengisikan borang perkhidmatan kargo.
- Mempastikan alamat dan nombor perhubungan penerima di dalam borang dan kotak ditulis dengan lengkap dan tepat.
- Setelah selesai membuat penimbangan, sila bawa borang perkhidmatan kargo ke Pejabat Urusetia DSSB bagi urusan pembayaran (pastikan pembayaran dibuat dan resit diterima).
Barang Yang Dilarang
- Haiwan ternakan bagi semua jenis (Jantan dan Betina).
- Semua jenis susu bayi (susu tepung).
- Makanan haiwan peliharaan.
- Makanan bagi binatang ternakan seperti jagung kuning dan kacang soya.
- Pasir semulajadi dan pasir yang mengandungi mineral.
- Silinder gas dengan spesifikasi Syarikat Gas & Industri Nasional (GASCO).
- Air Zam-Zam.
- Minyak wangi – Produk minyak wangi di dalam pembungkusan kecil atau botol kecil (Consumer commodities ID 8000). Termasuk attar, minyak wangi roller dan lain-lain. (EQ-Expected Quantities not permitted).
- Penyembur badan dan minyak wangi aerosols.
- Bungkusan yang mengandungi Bateri Lithium.
- Gas atau Compressed Gases.
- Bahan letupan dan bunga api – Senjata api dan peluru.
- Pemetik api dan cecair isi semula – Pemetik api biru, Pembakar, Pemetik bahan api yang diserap dan lain-lain.
- Pemetik api – jenis yang ada cecair.
- Cecair yang mudah terbakar – Cat serta bahan yang mengandungi alcohol.
- Cecair penghakis yang boleh menghakis – Asid, air bateri dan peluntur.
- Barang yang mudah terbakar seperti arang dan lain-lain.
- Pengecas Bateri – Bateri Lithium ions (Maxima 2).
- Bahan magnet.
- Kenderaan seperti motor roda – sama ada menggunakan bateri Wet Cell atau bateri lithium ion.
- Bahan yang mengandungi merkuri.
- Bahan radioaktif.
- Peralatan tentera – senjata api, peluru kosong dan replika senjata api.
- Senjata – Pedang, pistol dan lain-lain.
- Madu – Madu melebihi 1 Kilo/Liter.
- Kurma – Rhutab.
- Batu semulajadi (Natural Rocks).
- Barang perhiasan – Batu berharga, permata, emas dan lain-lain.
- Barang berjenama – jam tangan.
- Duit dan Cek pengembaraan.
- Narkotik – Dadah, Kokaini, Heroin, Ganja dan lain-lain.
Di Negara Brunei Darussalam
Primax Logistics
